KaNaFee
HATE : As free as your blood flow

Widuri..
"Ku seru dirimu..ku seru wahai pujangga sakti.."
"yang pergi datang berganti..yang tinggal duka merintih.."
"sepantas angin tibalah menyerap diriku.."
"pujangga berpasang diapit..datanglah berdamping denganku.."

Angin bertiup kencang menerbangkan segala dedaunan kering yang gugur ke bumi.Seakan taufan melanda geseran daun-daun pada pohon yang tumbuh menghijau kini mengeluarkan bunyian seakan-akan mendesir sesama sendiri.Awan hitam yang berarak pantas menguasai langit pada pekat malam itu melenyapkan segala sinar rembulan dan bintang yang sebelum ini megah menerangi kala senja berlabuh.Serentak itu kilat di langit memancar hebat disusuli dentuman kuat guruh yang bisa mengegarkan seluruh isi alam.Bunyian salakan serigala dan anjing hutan kini galak bersahut-sahutan seolah-olah menyampaikan khabar yang tidak tertanggung oleh mereka.
Widuri kini diserang ketakutan,bibirnya terketar-ketar dan serta merta tubuhnya kini menggigil kegentaran,pandangannya kini melihat tepat kearah kakak kembarnya yang kini terkaku merenung ke arah jendela.Kain putih usang berdakwat merah yang berada kemas di dalam pegangan kakaknya itu perlahan-lahan melunturkan cecair merah pekat yang berbau hanyir.Widuri kini tersentak,dirinya ingin menjerit kuat tetapi seolah-olah tersekat di kerongkongnya, suaranya gagal dikeluarkan.
Dari jauh kini sayup-sayup terdengar gemerincing bunyi loceng-loceng kecil yang berbunyi riang mewarnai pekat malam yang ditakluki guruh yang kuat berdetum bergilir-gilir dengan panahan kilat yang hebat memancar.Angin kuat seakan beliung membawa bunyi rengekkan dan ketawa yang seakan mengekek-ngekek ke pendengaran widuri.Peluh dingin kini mula memercik di tubuhnya.
Penyeru..wahai si puteri dua..”
Begitu mendayu-dayu sayup sekali suara halus dan kecil mengalunkan sebaris ayat mengalun rima yang begitu seram sambil tertawa terkekek-kekek.
“Dia sudah datang..sudah datang..”suara kakaknya tersekat-sekat sambil jari telunjuknya kini menunjuk tepat ke arah tingkap yang kini terbuka luas ditolak angin yang menggila.
“Kenapa kak?kenapa kak menyerunya?Sekarang dia akan mengambil Wie..kakak..”Seakan merayu,Widuri kini mengoncang-goncang tubuh kakaknya itu.Sungguh dia tidak mengerti mengapa segalanya perlu berakhir sebegini rupa,mengapa kakaknya itu tegar ingin menyisih dan melenyapkan dirinya hilang jauh dari segalanya…Air matanya kini jatuh berguguran menodai pipinya yang bersih..
Angin diluar kini hebat bertiup menerbangkan sehelai langsir putih yang menutupi tingkap bilik tersebut.Rambut widuri yang berterbangan hebat dibiarkannya beralun-alun dihembus angin yang semakin menggila.Bunyian gemerincing loceng kini semakin menghampiri,serentak itu tangisan keresahan bayi kecil berbunyi kuat seolah-olah menjerit-jerit mengambarkan ketakutan yang meresapi di jiwa.
“Sudah nasib..berakhir tunggal..”
“Kau tak sepatutnya hidup..aku perlu lakukan ini..untuk terus hidup..aku harus..”walaupun ada gentar yang lahir dari nada kakaknya itu tetapi bicaranya begitu nekad.Genggaman kakaknya pada sehelai kain usang yang kini berlumuran cairan pekat hangat merah semakin dikejapnya walaupun hati dan perasaannya semakin diserang kegentaran..
Air mata Widuri kini hebat mengalir di pipinya yang mulus itu.Kepalanya digeleng-gelengkan engan mempercayai kata-kata kejam yang lahir dari bibir kakaknya itu.Dia memegang erat lengan kakaknya meminta simpati supaya dikasihi..
“Tiada syarat dituntut ..melainkan korban disajikan”
“pujangga pamir..bertemankan malam..”
Kini salakan serigala begitu kuat mendayu-dayu,bunyian loceng semakin menggila dan tangisan bayi semakin menyaring meresah ke jiwa.Air mata widuri mengalir tiada henti..dia takut..dia gentar..dia resah..dan dia sedih memikiri nasibnya,memikiri takdirnya.
Hilaian ketawa yang mengila-ngilai kini menerjah masuk ke telinganya.Widuri tersentak,seolah ada kuasa yang menarik,pandangannya kini melihat tepat kearah jendela yang terbuka luas.Anak matanyanya kini membulat,matanya terbuka luas.Apa yang dilihatnya kini begitu sukar untuk dipercayainya.Sedikit demi sedikit mulutnya kini ternganga kegegentaran.Tubuhnya menggigil,jantungnya berdegup kencang.
“Korban pujangga..kutuntut kini...”mengilai-ngilai kini imej yang begitu mengerunkan bergentayangan di jendela biliknya menghulurkan tangan mengamit-gamit Widuri yang semakin kepucatan..


Adrian Arman..
Darah yang memekat bertakung seakan membanjiri seluruh kawasan bilik tersebut.Hanyir begitu hanyir menerjah ke rongga pernafasannya.Dia tidak bisa berfikir waras ketika ini,hanya bayang mama dan papanya kini yang ingin dicarinya.
Sesekali langkahnya tergelincir diakibatkan oleh lantai yang begitu licin diselaputi cecair pekat memerah..darah..darah memercik di merata-rata kawasan bilik tersebut membuatkan tekaknya begitu mual dan semakin meloya..
Entah mengapa jantungnya sering berdebar pantas sepanjang dia berada di sekolahnya tadi.Sungguh dia berasa tidak sedap hati apabila panggilannya ke rumah tidak diangkat oleh sesiapa pun..dan akhirnya dia membuat keputusan untuk bergegas pulang tanpa sebarang kebenaran dari pihak sekolahnya..
Dan kini tepat kata hatinya yang merasakan satu kejadian buruk telah berlaku apabila dia melihat darah pekat berada di merata-rata menyaluti setiap kawasan dan ruang di dalam mansion keluarganya itu..Mansion yang sebelum ini indah dan damai kini bertukar menjadi satu kawasan yang begitu ngeri untuk tatapannya.
“Pa..pa..apa yang telah berlaku?”dengan cemas, Adrian kini memangku kemas tubuh papanya yang kini terlantar kelemahan di dalam bilik air yang pintunya terbuka luas itu.Darah yang mengalir hebat tanpa sebarang kecederaan di tubuh papanya itu mengotori uniform sekolah yang tersarung kemas pada tubuh tinggi lampainya itu.Aliran darah itu seolah-olah mengalir terus dari setiap lubang-lubang pori di kulit papanya itu.Fikiran Adrian kini tidak menentu,dia cemas..dia sedih dan dia takut dengan apa yang disaksikannya itu.
“Help!!!!Someone please help me!!!”seperti orang yang hilang kewarasan diri,kini Adrian menjerit kuat meminta pertolongan..walaupun dia tahu kemungkinan besar semua pekerja di mansion tersebut sudah pun tidak bernyawa lagi,apabila satu per satu mayat pekerja mansion tersebut dijumpainya bergelimpangan semasa perjalanannya ke bilik utama ini,iaitu bilik mama dan papanya.
“Mama…ca..ri..mama..kamu..”terketar-ketar dan begitu perit sekali papanya bersuara.Darah yang membuak keluar dari mulut papanya itu dikesat-kesat oleh Adrian yang kini tidak dapat menahan dirinya dari menitiskan air mata.
“Ya..Rian akan cari mama..pa please bertahan..Rian akan call ambulance..”begitu bersungguh-sungguh bicara Adrian walaupun kini dirinya dihimpit keresahan,kesedihan dan juga kegentaran.Kini dia laju berlari ke arah telefon rumah yang tersedia di sebelah katil besar milik orang tuanya itu.
“Find…your..mama..ple..ase..”tidak henti-henti papanya kini bersuara begitu perit sekali.Setiap kali papanya bersuara setiap kali itulah darah semakin membuak-buak keluar dari mulutnya.Adrian pantas menekan butang nombor di telefon,dia harus cepat meminta pertolongan..
ARGHHHHH!!!!tiba-tiba Adrian mendengar jeritan nyaring papanya.Matanya kini terpaku melihat papanya itu,tubuhnya terasa seperti beku.Dia terkaku di situ.Dihadapan matanya kini papanya mencengkam kuat batang leher dirinya sendiri..serentak itu tubuh lelaki itu seakan-akan berpiuh-piuh dilantai menahan kesakitan yang semakin menjalar-jalar ke tubuhnya.
Adrian menyaksi sendiri bagaimana papanya itu dengan begitu nekad mencapai sebilah pisau panjang yang sedia ada di lantai yang berlumuran darah pekat itu.Papanya kini mengangkat tinggi sebilah pisau yang kini kelihatan bersinar-sinar seolah-olah sudah tidak sabar lagi menanti satu pengorbanan..
“No..no!Jangan pa!!”Adrian bersuara lantang,secepat yang mungkin dia kini berlari menuju kearah papanya itu.
“Find your mama..find her..”secepat kilat seperti ada suatu kuasa yang mengawal, papanya kini menghiris dalam pangkal lehernya sendiri.Serentak itu darah pekat berbau begitu hanyir memancut-mancut keluar dari kesan luka yang dalam itu.
“NOOOOOO!!!!!”Adrian menjerit kuat begitu lantang sekali meluahkan perasaan terkejutnya,langkahnya kini terhenti.Seolah-olah dipasak di situ,dirinya tidak mampu lagi untuk meneruskan langkahnya itu..Pernafasan papanya kini tercungap-cungap seperti seekor ikan yang dibiarkan terlantar di daratan menanti saat kematian yang semakin hampir..


“Why..Why..semua ini perlu berlaku?”begitu berhati-hati sekali Adrian kini bersuara tenang,tetapi masih lagi kelihatan nada yang penuh kesal disebalik bicaranya yang kelihatan tenang itu.Dia kini berdiri tegak di atas kawasan bumbung bangunan mansion yang tinggi dan mendatar itu,pandangannya kini melihat tepat kearah hadapannya.
“Please..jangan lakukannya..i beg you..please mama..”air matanya kini mula menitis setitik demi setitik membasahi ke pipinya.Dihadapannya kini seorang wanita sedang berdiri teguh di atas tembok batu yang menjadi penghadang bangunan di atas atap mansion itu melihat sepi kearahnya.
Wajah bersih itu melihat kearah satu-satunya anak lelakinya yang kini sedang memandang penuh berharap kearah dirinya.Melihat butir permata yang jatuh berguguran di pipi anaknya yang kacak itu dengan semena-mena membuatkan dia berasa sayu..Air matanya kini jatuh menodai wajahnya yang bersih itu.
“Mama minta maaf..please..forgive me..”dengan senyuman yang memekar sayu dari segaris bibir yang cantik itu,kata-kata itu kendengaran begitu lembut sekali dan juga merupakan kata-kata terakhir dari wanita tersebut sebelum dia terjun dari mansion tinggi meninggalkan terus diri Adrian yang kini terketar-ketar tubuhnya menyaksikan segala peristiwa ngeri yang berlaku di hadapan matanya itu.Sungguh dia tidak menyangka usahanya untuk mencari mamanya itu akan berakhir dengan satu lagi episod ngeri di dalam hidupnya..Adrian terkaku..sungguh dia tidak mampu memikir apa-apa pun sekarang ini..jiwanya rasa disentak kuat dengan apa yang disaksinya itu.Pandangannya kini terasa berpinar-pinar..jantungnya berdebar pantas..terasa seperti dihimpit jiwanya kini menjadi kacau bilau.Dia rebah di situ..
Kenichi Ginzo..
Dia berlari sekuat hatinya,apa yang berada di fikirannya kini segalanya mengenai wanita itu.Tiada yang dapat menenangkan fikirannya ketika ini jika dia tidak dapat memastikan keadaan wanita tersebut.Pedang yang tajam tersarung di dalam sarung yang diperbuat dari timah digenggamnya erat..Lariannya kini pantas sepantas jantungnya kini yang berdebar hebat.
Angin yang bertiup kencang kini menerbangkan dedaunan kering,langit yang merona jingga kemerah-merahan semakin dilindungi awan hitam yang kini berarak pantas seakan-akan tidak sabar untuk menggelapkan segala suasana di situ.Wajahnya kini semakin keresahan..hatinya ditambat kegundahan yang semakin menjalar ke setiap pelusuk jiwanya..Wajah lembut wanita itu kini bermain-main di fikirannya seolah-olah menandakan sesuatu perkara yang tidak baik akan berlaku..
Kasih sayang wanita itu merupakan penceria di kala kegundahannya..kelembutan wajah wanita itu merupakan penenang keresahannya..dan senyuman manis wanita itu merupakan penentu nadi kehidupannya..Sungguh dia tidak mampu untuk meneruskan hidupnya ini jika sesuatu berlaku kepada wanita tersebut.
Suara hilaian tawa yang begitu mengilai kini mengusai suasana pada senja yang semakin berganjak malam itu..hilaian itu sayup-sayup kedengaran seakan-akan mendendangkan irama yang begitu meresap seram ke tangkai jantung sesiapa yang mendengarnya dan serentak itu suara unggas hutan bising berteriak resah sesama sendiri mengalunkan suatu bunyi yang bisa menaikkan bulu roma sesiapa sahaja ketika ini.
Kenichi kini tersentak,langkahnya kini terhenti.Pandangannya tepat melihat pada arus sungai yang berkocak-kocak bertukar rona merah memekat.Pedang di tangannya kini makin erat digenggamnya.Serta merta itu hilaian yang sayup-sayup kini semakin jelas di telinganya mengilai-gilai sambil mengekek-ngekek tertawa.
“nani ka ga tekisetsu de nai to, watashi wa sore o shitte iru..(Something is not right..i know it..)”kata-kata hati Kenichi begitu kuat mentafsir segala kejadian yang terjadi.Pandangannya kini tajam dan begitu serius sekali memandang kearah hadapannya.Dia kini berlari pantas menuju terus kearah suara hilaian yang begitu jelas di telinganya itu.
Langit senja kini semakin menggelap,kicauan burung berteriak seolah-olah mengambarkan perasaan hati yang dilanda kerusuhan.Dari jauh salakan serigala hutan menjadi semakin nyaring seiring hilaian suara halus yang kini mengilai-ngilai keriangan.Angin kini bertukar semakin kencang seperti beliung yang berputar-putar, kini dihadapannya jelas terlihat sebujur tubuh kaku memandang tepat kearahnya..Pandangan itu sayu..pandangan itu tepat mengambarkan perasaan dirinya ketika ini..
“Idou shi nai de kudasai..(don’t go..)"begitu sayu kata-kata yang lahir dari bibir Kenichi.Dia tahu masanya kini sudah sampai di mana dia perlu menerima takdir berpisah jauh dari wanita yang kini berada di hadapannya itu.segalanya sudah menjadi ketentuan..segalanya sudah menjadi suratan dan sudah termaktub segala-galanya diantara mereka perhubungan ini tidak bisa diteruskan…
Pandangan wanita itu begitu sayu menyampaikan perasaannya yang semakin menyayatkan hati, pada Kenichi segaris senyuman hambar diberikannya..Kini seakan-akan bergentayangan wanita itu berjalan perlahan-lahan tanpa berpijak ke bumi menuruni tebing sungai yang kini berarus deras merona merah kehitaman seakan-akan darah yang kebencian yang kini hebat mengalir di tubuh Kenichi.Sungguh dirinya kini benci dengan nasib yang menjadi suratan hidupnya ini..sungguh dia benci akan suratan kehidupan diantara dia dan wanita itu.
“Iya..iya(No..no)kore wa watashi tachi ni,mi o makaseru tsumori wa,ari masen..(’m not going to let this happen to us..)”dengan pantas kini Kenichi berlari mencapai lengan wanita yang sudahpun berada di dalam sungai yang memerah itu.Tetapi dengan tidak semena-mena seakan ada kuasa yang menolak kuat tubuhnya kini terbaling jauh keatas tebing.Dia kini mengerang kesakitan..
Ketawa yang terkekeh-kekeh dari suara yang kecil dan nyaring kini hebat mengetawakan dirinya.Kenichi kini berusaha untuk bangun,di mulutnya kini mengalir cecair darah yang memekat.Dia mengesat kasar darah yang semakin mengalir laju itu.
Bunyi unggas semakin menggila,angin yang hebat bertiup kencang itu membawa debu-debu pasir yang kini berputar-putar dihadapannya membentuk sesuatu imej wanita tua yang kini terbongkok-bongkok bergentayangan di udara sambil menyerigai batang giginya yang tajam ke arah Kenichi.
“Segalanya sudah ditemetrai…yang hebat bisa kekal..dan yang dunggu hanya tersiksa..”penuh sinis dan mendayu-dayu sekali kata-kata yang dilemparkan makhluk yang kelihatan seperti nenek kebayan yang berusia beratus tahun itu.Kenichi kini meruncingkan pandangannya pada imej makhluk tersebut.
“Kaulah penyebab segala-galanya..sial kau!”Kenichi kini menghayun kuat sebilah pedang yang bersinar-sinar ke arah makhluk tersebut tetapi dengan hanya satu libasan dari lengan makhluk tersebut menyebabkan Kenichi tersungkur menyembah bumi.Semakin galak kini makhluk tersebut mengilai-ngilai sambil menari-narikan kukunya yang tajam meruncing di udara.Kenichi ingin bangun dari rebahnya,tetapi kini kelihatan akar-akar dari pokok tua yang tumbuh meliar di hutan tersebut mula menjulur-julur ke arahnya dan melilit kemas kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya.Kenichi kini meronta-ronta sekuat hatinya.
Makhluk ngeri berpewatakkan nenek kebayan itu mula terbang menuju kearah wanita yang kini berendam di dalam sungai separas dada itu.Tubuh wanita itu terkaku apabila melihat makhluk tersebut,dia cuba ingin menjerit dan cuba ingin melarikan diri tetapi kakinya di dalam air yang merah dan berbau hanyir itu seakan-akan terlekat di dasar tanah dan tidak bisa untuk dilepaskannya.Nenek kebayan itu kini terbang mengelilingi wanita tersebut,dia menjulurkan lidahnya yang semakin panjang menjilat galak wajah wanita tersebut.
“Jangan kau apa-apa kan dia!!!JANGAN!!”seperti lelaki yang hilang kewarasan diri,Kenichi menjerit kasar dan meronta-ronta kuat ingin melepaskan diri.Di pandangannya kini jelas melihat makhluk tersebut mencengkam kuat batang leher wanita yang dikasihinya itu.Kenichi harus cepat,dia harus cepat melepaskan diri dari sihir yang merantai dirinya ini.Tetapi semakin kuat dia meronta semakin kuatlah lilitan akar-akar kayu tersebut melilit kemas dirinya.Kenichi keresahan..dia gentar melihat satu-satu wanita yang dikasihinya itu semakin menjauh dari dirinya.
Pandangan makhluk itu hebat memandang ke arah Kenichi.Tangannya yang mengerutu kasar seperti akar kulit kayu tua itu melurut-lurut batang leher wanita yang kini berada di dalam gengamannya itu.Senyuman sinisnya pada Kenichi menunjukkan kemenangan yang menjadi miliknya.
Kenichi kini memandang tepat ke wajah kesayangannya itu.Lelehan air mata wanita itu kini bertukar menjadi lelehan darah yang membasahi wajah cantik wanita tersebut.Serentak itu segala-galanya yang telah disuratkan mengikut takdir kehidupannya itu menjadi kenyataan..
Di hadapan matanya kini darah memercik hebat mengena tepat ke wajah kacaknya,gelora sungai yang mengalir deras melambung-lambung seakan ombak kuat menaiki tebing dan membasahi tanah..salakan serigala dan anjing hutan sahut-bersahutan..dan kini hujan turun dengan lebatnya sekali membasahi bumi yang sebegitu lama gersang dahagakan kenikmatan dibasahi air rahmat itu.Tubuh Kenichi kini lemah..dia lemah menerima hakikat hidupnya..
Dirinya terlantar di situ..terlantar dibasahi hujan yang semakin menggila…
SEGALANYA SUDAH DITAKDIRKAN UNTUK KITA SEMUA
**********************************************************************************
 
The Curse of Twin Sister. Design by Pocket